Tuesday, January 20, 2009

apa tindakan kamu?

salam.

entry kali ini untuk merangsang minda kita.

~semua telah maklum,Barrack Hussein Obama telah selamat mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke 44 semalam~

~semua juga telah maklum,Israel telah berundur dari Semenanjung Gaza dan telah mengumumkan "kemenangan" operasi mereka (berundur tidak sepenuhnya,kemudian mengaku menang pula??)~

~apa yang berlaku di Palestin ternyata telah membangkitkan kesedaran sejagat tentang isu Palestin itu sendiri,ramai yang telah mula memboikot barangan Israel dan US walaupun mungkin tidak kesemuanya.Ramai yang menyertai demonstrasi,menyatakan bantahan terhadap serangan Israel ke atas Palestin (termasuklah non muslim di Barat) dan bermacam lagi tindakan lain yang dilakukan sebagai tanda protes kezaliman Israel.

hmm...apa yang akan berlaku selepas ini??saya rasa ramai yang ternanti-nanti 'perubahan' yang akan di bawa oleh Obama setelah menjadi presiden US...Apa pula yang akan dilakukan oleh Israel selepas ini,akan duduk diam sahajakah atau akan mengganas kembali??Berjayakah sekumpulan peguam yang ingin membawa Israel ke makhamah pengadilan antarabangsa atas kekejaman yang telah dilakukan??Apa pula yang terjadi pada penduduk Palestin,setelah Israel menghancurkan dan menjadikan tanah air mereka seperti padang jarak padang terkukur?Mampukah mereka kembali hidup seperti sediakala,dengan ancaman penyakit wabak yang dikatakan bakal menimpa mereka??

saya tahu,pelbagai persoalan bermain di benak kita,sambil kita mencongak tindakan dan reaksi yang akan berlaku selepas ini.Saya hanya ingin menyampaikan satu perkara-->apa pula tindakan kita selepas ini?

  • akan tetapkah kita dengan boikot kita selepas ini?
  • akan tetapkah kita untuk sentiasa 'up date' dengan isu Palestin dan umat Islam seluruhnya?
  • akan menitiskah air mata kita setiap kali doa qunut nazilah di baca selepas ini?
  • akan sentiasa bertambahkah sensitiviti kita terhadap isu ini?

saya harap,moga kita tidak seperti logam yang 'cepat panas,cepat pula sejuknya' (maalisyh,dah lupa nama logam tu =p ) Bila isu itu hangat diperkatakan,maka panaslah hati kita,namun bila reda,lupalah kita akannya....Harapnya ia tidak terjadi.Moga hati kita sentiasa panas dengan isu ini,dengan keadaan umat sekarang,dengan hal sekeliling kita,dengan keadaan diri kita sendiri yang kejap naik-turun imannya...Jangan hanya menunggu tindakan orang lain,tapi mulakanlah dari diri kita sendiri....Cuba tanya diri,apa tindakan kita??

~apa tindakan kamu??~

Monday, January 12, 2009

Palestin...

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdia”. (Hadis riwayat Ahmad).

Hari ini telah masuk hari ke-16 umat Islam di Palestin dikepung dan disembelih tanpa belas oleh yahudi laknatullah.Saya kira ramai yang telah terbuka matanya,telinganya dan hatinya akan kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka.Malah ramai yang mula memboikot barangan yahudi setelah apa yang menimpa saudara seislam mereka di sana.Syabas saya ucapkan pada mereka.

Hadis di atas mungkin telah biasa kita dengar sebelum ini,namun kerana kurang menghayatinya,maka ia seolah-olah hanya singgah sebentar sahaja di fikiran kita.Tetapi, apabila terjadinya peristiwa yang menimpa umat Palestin sekarang,saya rasa terpanggil untuk mentadabbur kembali isi hadis yang amat agung ini.Betapa mulianya darjat umat Palestin,kerana merekalah golongan yang Rasulullah saw sebut sebagai tetap berada di atas kebenaran sehingga akhirnya mereka kembali bertemu dengan Tuhannya.Mereka telah membuktikan kebenaran iman mereka dan keutuhan hati mereka pada agama Allah yang tercinta.Lantas,apa pula bukti kebenaran iman kita?Tidak malukah kita pada mereka yang tetap berjuang tanpa lelah,walau disekat segala bantuan daripada sampai kepada mereka?

Sungguh,apa yang terjadi sekarang amat meruntun hati saya,pertama,kerana saudara-saudara saya di sana diperlakukan sebegitu rupa.Tetapi saudara-saudara saya yang lain masih tenggelam dalam dunia mereka.Kedua,kerana lemahnya diri saya sendiri,yang masih duduk bersenang lenang dengan apa yang saya ada.Terasa lemahnya iman ini,yang kadang kala masih tidak mampu melawan nafsu yang inginkan kesenangan setiap masa.

~Mujahadahlah wahai diriku...Robekkanlah nafsumu...Berjuanglah untuk membuktikan keimananmu...Moga kau akan bersama saudara-saudaramu yang telahpun membuktikan keimanan mereka...~