Thursday, July 31, 2008

doktorku...

Salamullahi alaikum…

Ingin rasanya berkongsi sesuatu dengan semua….tapi apa ya?Saya ceritakan satu pengajaran yang saya dapat beberapa hari lepas dari doktor saya…

Saya sekarang sedang mengikuti clinical ward in head and neck surgery department..banyak ilmu-ilmu surgery yang saya belajar di sini,tapi bukan itu yang ingin saya ceritakan..tapi tentang seorang doktor saya ini..namanya Doktor Tarek Yusof Kharatim…apa yang saya dapat dari dia??dia telah menunjukkan satu contoh teladan yang amat baik untuk saya,yang akan saya kenang sampai akhir hayat insya Allah..

Dia berumur lebih kurang 30-an,sudah berkeluarga dan mempunyai 3 anak perempuan,Sohaa,Maryam dan Khadijah…dia memang pandai mengajar kami,memahamkan kami teknik-teknik surgery yang agak complicated..tapi yang mengagumkan saya,yang membuatkan dia lain dari yang lain,dia tidak hanya mengajar akal kami dengan ilmu…tapi turut mengajar hati-hati kami rasa bangga menjadi muslim..

Teringat penerangannya tentang anaknya Khadijah..”aku namakannya khadijah sempena nama isteri Rasullullah saw yang pertama,Saidatina Khadijah r.a…kenapa aku pilih nama dia,bukan nama isteri-isteri baginda yang lain?sebab dialah yang paling banyak berjuang dengan nabi,sanggup berkorban segalanya untuk Islam…dia satu-satunya isteri nabi yang tidak sempat melihat perkembangan Islam kerana meninggal pada tahun ke 8 kebangkitan nabi.”…

Juga kata-katanya ketika slide shownya menunjukkan gambar seorang pemuda palestin dan askar Israel laknatullah…”ini (merujuk apa yang berlaku di Palestin) bukannya masalah dalaman Negara Palestin sahaja,malah ia masalah yang menimpa setiap kita,tak kira samada Muslimin ataupun Masihiyyin(ada beberapa pelajar yang beragama Kristian dalam kelas saya)…kita semua sebenarnya bertanggungjawab untuk bebaskan tanah Palestin ini,sebab ia bukannya milik Israel..mereka(Yahudi) telah Allah janjikan akan tetap kalah dan sentiasa dalam kehinaan sampailah hari kiamat nanti..oleh itu, kamu semua sepatutnya mempersiapkan diri kamu,dan bukannya duduk berehat-rehat sambil mendengar lagu Amru Diab(penyanyi terkenal Mesir)…tapi kamu handaklah bangkit untuk bebaskan tanah Palestin ini…”

Apa yang menarik perhatian saya,cara pemikirannya yang lain daripada doktor-doktor yang pernah masuk mengajar kami (bukan niat saya untuk memperkecilkan doktor-doktor saya,moga Allah limpahkan rahmat dan kurniaNya pada mereka yang telah banyak mencurahkan ilmu pada kami amiin) ….dia tidak hanya mengajarkan ilmu,tapi turut mengajar hakikat sebenar kehidupan,reality yang jarang ditekankan oleh ilmuwan sekarang…saya simpulkan beberapa perkara yang saya dapat pelajari dari kata-katanya :

  • Pentingnya untuk kita sebagai umat Islam untuk mempelajari dan memahami sirah kehidupan Rasulullah saw,dan seterusnya cuba mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita.
  • Kefahaman tentang Al-Quran,bukan untuk mendapat ilmu semata,tapi untuk kita laksanakan segala arahan di dalamnya.Memang Allah janjikan kemenangan Muslimin ke atas kaum kuffar,tapi janji Allah itu pada hambaNya yang benar-benar beriman dan bertakwa padaNya,dan ummat sebegitu lil asaf,belum lagi ada sekarang.Oleh itu,pelajarilah al-Quran dengan niat untuk melaksanakan arahan Allah di dalamnya..
  • Berhikmah dan bijaksana dalam setiap tindakan..Bagaimana dia memancing minat pelajar-pelajar yang beragama Kristian di dalam kelas kami dengan mengaitkan mereka juga dalam isu Palestin..Sikap ini jarang dimiliki oleh orang Islam sekarang
  • Gunakan apa jua kesempatan yang ada untuk berdakwah dan menyampaikan peringatan.Dia sebagai seorang doktor,pekerjaannya sibuk,tapi itu bukan penghalang untuk dia berkata “aku tak boleh nak dakwah-dakwah ni,sibuk ngan kerja dan keluarga..” Tapi dia sudah buktikan,dengan menyelitkan beberapa peringatan kepada kami ketika dalam kelasnya.

Saya tidak tahu,adakah antum dapat rasa apa yang saya rasai setelah mendengar cerita ini..mungkin juga kerana saya yang mendengar apa yang dia utarakan,telinga ini yang menangkap setiap butir bicaranya,dan hati ini yang telah berjaya disentuhnya dengan isu yang dikemukakannnya…mungkin juga kerana kekurangan diri yang tidak mampu menterjemahkannya pada antum dengan sebaiknya…tapi saya benar-benar berharap agar antum semua dapat pengajaran daripadanya walaupun sedikit..moga Allah hisab amal kita semua dengan hisaban yang baik amiin

~Allahumma thabbit quluubana wa aqdaamana ‘ala diinika wa sabiilika hatta nalqaaka~

siapa saya

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Pertama-tamanya,segala puji dan penuh rasa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah,Tuhan sekalian makhluk dan alam ciptaanNya ini.Tidak lupa juga,selawat dan salam kepada kekasihNya dan juga kekasih sekalian muslimin,nabi junjungan mulia,Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam,kaum kerabat baginda,para sahabat radhiyallahu anhum,para tabiein rahimallahu anhum,serta umat Islam seluruhnya…

Alhamdulillah,dengan rahmatNya,cita-cita saya yang terpendam selama ini akhirnya dimakbulkan Allah juga..ya,cita-cita untuk mewujudkan blog sendiri..Ada sebab untuk saya rasa amat berterima kasih pada Allah atas kewujudan blog ini,rasanya tidak perlu untuk saya nyatakan disini.Cuma satu saya harapkan,moga Allah beri kelapangan pada saya untuk terus tetap menulis selepas ini,moga diri tetap thabat untuk berkongsi serba apa yang saya tahu dan rasa..ameen.

Sebetulnya,saya kematian akal untuk meletakkan nama yang sesuai untuk blog saya ini..Terselit juga di hati kecil ini,”alah,letak la nama-nama atau kata-kata yang islamik,mesti ramai yang nak baca after this.”..Tapi,tiba-tiba saya mendapat ilham untuk menamakannya ‘SIAPA SAYA?’…Kemungkinan ada yang bertanya,kenapa ‘SIAPA SAYA’?...ya,persoalan siapa saya ini sentiasa berlegar-legar dalam pemikiran saya.Bukan kerana saya tidak tahu saya adalah seorang manusia.Bukan juga kerana saya ingin memberitahu dan mengiklankan diri saya kepada semua..Tapi persoalan ini membawa saya merenung kembali,siapa saya yang sebenarnya,mengikut acuan yang Allah kehendaki…Saya sebagai seorang muslimah,saya sebagai seorang ukht,seorang pelajar,doctor-to-be insya Allah,seorang anak,,kakak juga adik,seorang kawan kepada teman-teman saya dan pelbagai lagi peranan saya..Tapi yang paling utama,saya sebagai hambaNya yang hina..Moga dengan blog ini,saya akan sentiasa mengingati hakikat yang satu ini,bahawa walau siapa pun saya,saya tetap hambaNya…

“Tidak ada seorang pun dilangit dan dibumi,melainkan akan datang kepada (Allah) Yang Maha Pengasih sebagai seorang hamba.” (Maryam : 93)

~Allahumma thabit quluubana fi kulli ahwal~