Thursday, July 31, 2008

siapa saya

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Pertama-tamanya,segala puji dan penuh rasa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah,Tuhan sekalian makhluk dan alam ciptaanNya ini.Tidak lupa juga,selawat dan salam kepada kekasihNya dan juga kekasih sekalian muslimin,nabi junjungan mulia,Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam,kaum kerabat baginda,para sahabat radhiyallahu anhum,para tabiein rahimallahu anhum,serta umat Islam seluruhnya…

Alhamdulillah,dengan rahmatNya,cita-cita saya yang terpendam selama ini akhirnya dimakbulkan Allah juga..ya,cita-cita untuk mewujudkan blog sendiri..Ada sebab untuk saya rasa amat berterima kasih pada Allah atas kewujudan blog ini,rasanya tidak perlu untuk saya nyatakan disini.Cuma satu saya harapkan,moga Allah beri kelapangan pada saya untuk terus tetap menulis selepas ini,moga diri tetap thabat untuk berkongsi serba apa yang saya tahu dan rasa..ameen.

Sebetulnya,saya kematian akal untuk meletakkan nama yang sesuai untuk blog saya ini..Terselit juga di hati kecil ini,”alah,letak la nama-nama atau kata-kata yang islamik,mesti ramai yang nak baca after this.”..Tapi,tiba-tiba saya mendapat ilham untuk menamakannya ‘SIAPA SAYA?’…Kemungkinan ada yang bertanya,kenapa ‘SIAPA SAYA’?...ya,persoalan siapa saya ini sentiasa berlegar-legar dalam pemikiran saya.Bukan kerana saya tidak tahu saya adalah seorang manusia.Bukan juga kerana saya ingin memberitahu dan mengiklankan diri saya kepada semua..Tapi persoalan ini membawa saya merenung kembali,siapa saya yang sebenarnya,mengikut acuan yang Allah kehendaki…Saya sebagai seorang muslimah,saya sebagai seorang ukht,seorang pelajar,doctor-to-be insya Allah,seorang anak,,kakak juga adik,seorang kawan kepada teman-teman saya dan pelbagai lagi peranan saya..Tapi yang paling utama,saya sebagai hambaNya yang hina..Moga dengan blog ini,saya akan sentiasa mengingati hakikat yang satu ini,bahawa walau siapa pun saya,saya tetap hambaNya…

“Tidak ada seorang pun dilangit dan dibumi,melainkan akan datang kepada (Allah) Yang Maha Pengasih sebagai seorang hamba.” (Maryam : 93)

~Allahumma thabit quluubana fi kulli ahwal~

No comments: