Sunday, February 1, 2009

peristiwa di maarad...

salam alaik...

andai ada yang bertanya,apa event yang berlangsung di mesir sekarang,sudah tentulah jawapannya - bookfair a.k.a maaradh kutub di cairo..Alhamdulillah,saya berkesempatan juga untuk menjengah bookfair kali ini,memang sudah pasang niat untuk memborong beberapa 'targeted books',especially medical books,untuk digunakan nanti insya Allah.

ramai sungguh manusia yang datang,dengan harga tiket cuma LE1 (tapi dulu2 lagi murah!!) buat semua orang tak kira tua muda,berpusu-pusu ke bookfair ini.Tambahan pula dengan isu Palestin yang masih hangat,tempiasnya kena juga pada bookfair kali ini.Sudah ada gerai yang menjual maffla,keychain,bendera,poster etc yang berkaitan dengan Palestin,hingga saya teruja untuk membeli dan memilikinya.Namun,dalam 'kerakusan' saya membeli itu,rupa-rupanya Allah hendak memberi satu pengajaran yang amat bermakna pada saya..

begini kisahnya...

1st day at 41th cairo international bookfair :

-saya sampai di maaradh kira-kira jam 2 petang,terus ke italia,kemudian ke dar al-nasyr,memborong buku di sana.banyak juga saya berhabis,tapi tak mengapa,janji puas hati sebab kebanyakan buku yang dikehendaki berjaya dibeli..kemudian ke dar elnour di sebelahnya,jumpa pula souveniers yang menarik,rambang mata melihatnya tanpa sedar duit keluar bak air,laju aje..ada juga beberapa buku menarik yang dibeli di sini..duduk berehat sebentar bersama ukhti A sementara menanti ukhti B selesai urusannya,sambil itu saya sibuk mengeluarkan duit yang ada,mengira-ngira berapa baki duit saya..sedang asyik mengira itu,datanglah seorang lelaki sambil mengajukan sehelai kertas,meminta derma..saya tergamam sesaat,terdetik di hati 'kalu bagi sedikit nampak sangat kedekut,sebab kat tangan ada je banyak duit..kalu bagi banyak nanti tak cukup duit nak beli buku lagi..' akhirnya saya bagi juga derma pada lelaki itu,kemudian dia pun beredar..ukhti A pun menegur saya " Haa,tu la,buat keluar lagi duit tu depan2 org,nanti org nampak laa.." saya terdiam,tak mengapa,mungkin bukan rezeki saya agaknya..kemudian kami menapak ke foodcourt untuk mengisi perut,kemudian balik sebelum maghrib..

2nd day :

hari ini kami berempat ke bookfair kira-kira jam 11 pagi,terus menuju ke bahagian buku-buku terpakai..kemudian kami berpecah,saya menemani ukhti C membeli maffla untuk dihadiahkan pada sahabatnya..setelah lebih kurang 2 jam,kami pun ingin beredar dari bookfair kerana train ke alex jam 3 petang nanti..tiba-tiba ukhti C teringat yang dia ingin membeli buku tulis,maka kami berpatah balik ke dar al-nasyr..selesai membeli,kami tergesa-gesa keluar,dan saya terserempak kembali dengan lelaki yang meminta derma semalam.'dia lagi..' hati saya berkata..saya terus mengajak ukhti C beredar dengan segera,dan balik bersama-sama 2 sahabat kami yang terpisah sebelum ini..semasa menaiki teksi,saya terperasan yang dompet saya tiada bersama..ketika itu saya rasa terpukul 'ni mesti 'iqab yang Allah nak bagi sbb apa yg aku dah buat 2 hari ni..' ketika itu saya rasa amat bersalah dan menyesal,dan saya redha dompet saya hilang,mungkin itu satu cara untuk menghapuskan dosa saya tadi...selang 10 minit selepas itu,tiba-tiba telefon bimbit ukhti C berbunyi,rupa-rupanya dompet saya tercicir ketika di dar al-nasyr...syukur alhamdulillah...tapi hingga hari ini saya amat terasa pengajaran yang saya dapat dari peristiwa ini..

> terlintas di fikiran,di mana letaknya ikhlas diri dalam memberi sesuatu..di sinilah letaknya kepentingan niat yang bersih dalam melakukan sesuatu perkara "sesungguhnya setiap perbuatan itu (dikira) berdasarkan niatnya...." (Hadis)

> sungguh benarlah kata-kata,bahawa dunia ini tidak lebih dari lahwun wa la'iibun (permainan) dan dar al-akhirah itulah yang kekal..tapi kita sering lupa hakikat ini,dan sentiasa mengejar dunia yang tidak menjanjikan apa-apa.

> kadang-kadang Allah tarik sekejap kenikmatan yang kita dapat,Dia hendak uji kita dengan kehilangan dan sebagainya...ketika ini,apa agaknya reaksi kita??moga-moga kita tergolong dalam golongan yang Allah sebut dalam surah albaqarah 155-157 iaitu golongan yang sabar.

~merenung kembali setiap apa yang berlaku dalam sehari-hari~

Tuesday, January 20, 2009

apa tindakan kamu?

salam.

entry kali ini untuk merangsang minda kita.

~semua telah maklum,Barrack Hussein Obama telah selamat mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke 44 semalam~

~semua juga telah maklum,Israel telah berundur dari Semenanjung Gaza dan telah mengumumkan "kemenangan" operasi mereka (berundur tidak sepenuhnya,kemudian mengaku menang pula??)~

~apa yang berlaku di Palestin ternyata telah membangkitkan kesedaran sejagat tentang isu Palestin itu sendiri,ramai yang telah mula memboikot barangan Israel dan US walaupun mungkin tidak kesemuanya.Ramai yang menyertai demonstrasi,menyatakan bantahan terhadap serangan Israel ke atas Palestin (termasuklah non muslim di Barat) dan bermacam lagi tindakan lain yang dilakukan sebagai tanda protes kezaliman Israel.

hmm...apa yang akan berlaku selepas ini??saya rasa ramai yang ternanti-nanti 'perubahan' yang akan di bawa oleh Obama setelah menjadi presiden US...Apa pula yang akan dilakukan oleh Israel selepas ini,akan duduk diam sahajakah atau akan mengganas kembali??Berjayakah sekumpulan peguam yang ingin membawa Israel ke makhamah pengadilan antarabangsa atas kekejaman yang telah dilakukan??Apa pula yang terjadi pada penduduk Palestin,setelah Israel menghancurkan dan menjadikan tanah air mereka seperti padang jarak padang terkukur?Mampukah mereka kembali hidup seperti sediakala,dengan ancaman penyakit wabak yang dikatakan bakal menimpa mereka??

saya tahu,pelbagai persoalan bermain di benak kita,sambil kita mencongak tindakan dan reaksi yang akan berlaku selepas ini.Saya hanya ingin menyampaikan satu perkara-->apa pula tindakan kita selepas ini?

  • akan tetapkah kita dengan boikot kita selepas ini?
  • akan tetapkah kita untuk sentiasa 'up date' dengan isu Palestin dan umat Islam seluruhnya?
  • akan menitiskah air mata kita setiap kali doa qunut nazilah di baca selepas ini?
  • akan sentiasa bertambahkah sensitiviti kita terhadap isu ini?

saya harap,moga kita tidak seperti logam yang 'cepat panas,cepat pula sejuknya' (maalisyh,dah lupa nama logam tu =p ) Bila isu itu hangat diperkatakan,maka panaslah hati kita,namun bila reda,lupalah kita akannya....Harapnya ia tidak terjadi.Moga hati kita sentiasa panas dengan isu ini,dengan keadaan umat sekarang,dengan hal sekeliling kita,dengan keadaan diri kita sendiri yang kejap naik-turun imannya...Jangan hanya menunggu tindakan orang lain,tapi mulakanlah dari diri kita sendiri....Cuba tanya diri,apa tindakan kita??

~apa tindakan kamu??~

Monday, January 12, 2009

Palestin...

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdia”. (Hadis riwayat Ahmad).

Hari ini telah masuk hari ke-16 umat Islam di Palestin dikepung dan disembelih tanpa belas oleh yahudi laknatullah.Saya kira ramai yang telah terbuka matanya,telinganya dan hatinya akan kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka.Malah ramai yang mula memboikot barangan yahudi setelah apa yang menimpa saudara seislam mereka di sana.Syabas saya ucapkan pada mereka.

Hadis di atas mungkin telah biasa kita dengar sebelum ini,namun kerana kurang menghayatinya,maka ia seolah-olah hanya singgah sebentar sahaja di fikiran kita.Tetapi, apabila terjadinya peristiwa yang menimpa umat Palestin sekarang,saya rasa terpanggil untuk mentadabbur kembali isi hadis yang amat agung ini.Betapa mulianya darjat umat Palestin,kerana merekalah golongan yang Rasulullah saw sebut sebagai tetap berada di atas kebenaran sehingga akhirnya mereka kembali bertemu dengan Tuhannya.Mereka telah membuktikan kebenaran iman mereka dan keutuhan hati mereka pada agama Allah yang tercinta.Lantas,apa pula bukti kebenaran iman kita?Tidak malukah kita pada mereka yang tetap berjuang tanpa lelah,walau disekat segala bantuan daripada sampai kepada mereka?

Sungguh,apa yang terjadi sekarang amat meruntun hati saya,pertama,kerana saudara-saudara saya di sana diperlakukan sebegitu rupa.Tetapi saudara-saudara saya yang lain masih tenggelam dalam dunia mereka.Kedua,kerana lemahnya diri saya sendiri,yang masih duduk bersenang lenang dengan apa yang saya ada.Terasa lemahnya iman ini,yang kadang kala masih tidak mampu melawan nafsu yang inginkan kesenangan setiap masa.

~Mujahadahlah wahai diriku...Robekkanlah nafsumu...Berjuanglah untuk membuktikan keimananmu...Moga kau akan bersama saudara-saudaramu yang telahpun membuktikan keimanan mereka...~