Monday, January 12, 2009

Palestin...

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdia”. (Hadis riwayat Ahmad).

Hari ini telah masuk hari ke-16 umat Islam di Palestin dikepung dan disembelih tanpa belas oleh yahudi laknatullah.Saya kira ramai yang telah terbuka matanya,telinganya dan hatinya akan kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka.Malah ramai yang mula memboikot barangan yahudi setelah apa yang menimpa saudara seislam mereka di sana.Syabas saya ucapkan pada mereka.

Hadis di atas mungkin telah biasa kita dengar sebelum ini,namun kerana kurang menghayatinya,maka ia seolah-olah hanya singgah sebentar sahaja di fikiran kita.Tetapi, apabila terjadinya peristiwa yang menimpa umat Palestin sekarang,saya rasa terpanggil untuk mentadabbur kembali isi hadis yang amat agung ini.Betapa mulianya darjat umat Palestin,kerana merekalah golongan yang Rasulullah saw sebut sebagai tetap berada di atas kebenaran sehingga akhirnya mereka kembali bertemu dengan Tuhannya.Mereka telah membuktikan kebenaran iman mereka dan keutuhan hati mereka pada agama Allah yang tercinta.Lantas,apa pula bukti kebenaran iman kita?Tidak malukah kita pada mereka yang tetap berjuang tanpa lelah,walau disekat segala bantuan daripada sampai kepada mereka?

Sungguh,apa yang terjadi sekarang amat meruntun hati saya,pertama,kerana saudara-saudara saya di sana diperlakukan sebegitu rupa.Tetapi saudara-saudara saya yang lain masih tenggelam dalam dunia mereka.Kedua,kerana lemahnya diri saya sendiri,yang masih duduk bersenang lenang dengan apa yang saya ada.Terasa lemahnya iman ini,yang kadang kala masih tidak mampu melawan nafsu yang inginkan kesenangan setiap masa.

~Mujahadahlah wahai diriku...Robekkanlah nafsumu...Berjuanglah untuk membuktikan keimananmu...Moga kau akan bersama saudara-saudaramu yang telahpun membuktikan keimanan mereka...~

No comments: