Tuesday, September 23, 2008

Ia makin meninggalkanku...






salamun alaik,



hmm,sebenarnya saya tak berhajat untuk menulis hari ini,saja-saja membuka blog sendiri untuk 'melihat-lihat'...tapi tiba-tiba saya teringat sesuatu,apa yang saya pandang dan renung ketika dalam perjalanan pulang dari bertahajjud semalam...

apa yang saya renung?saya merenung bulan...saya suka merenung bulan sebetulnya..nampak cantik dan mengasyikkan sekali bagi sesiapa yang memandangnya...jangan salah sangka,saya bukannya seorang yang suka bermadah pujangga,cuma saya teringat firman Allah yang menyeru kita melihat,mentadabbur dan mengambil pengajaran dari setiap kejadian yang Allah jadikan..

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,dan pada pertukaran malam dan siang,ada tanda-tanda(kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal,(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) :'Wahai Tuhan kami!Tidaklah Engkau jadikan benda-benda ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari azab neraka.." (surah ali imran:190-191)



baiklah...ini cerita tentang bulan..bukan 'Tentang Bulan' yang dipertontonkan di pawagam di negara kita suatu masa lalu...tapi ini cerita tentang bulan Ramadhan...cerita bulan yang lebih hebat dari mana-mana cerita di pawagam...semalam,seusai menunaikan tahajjud di Masjid Ibrahim,seperti biasa,saya akan berjalan kaki pulang bersama sahabat yang lain...mata saya melilau mencari bulan di langit...'nah,itu dia' getus hati saya..tapi kali ini,bulan berbentuk hilal atau bulan sabit,bukan lagi mengambang seperti yang saya lihat beberapa hari sebelum ini..'ye la,kan Ramadhan tinggal beberapa hari saje lagi,memang la bulan akan jadi bulan sabit'...kata otak saya...tapi hati saya sayu bila mengingatkan kata-kata 'tinggal beberapa hari saje lagi' itu... Bermakna,tak lama lagi,Ramadhan akan pergi meninggalkan kita semua...sedih,kerana memikirkan banyak benda...'Adakah aku akan dapat rasa lagi Ramadhan selepas ini?' 'Adakah aku mampu untuk mujahadah diri selepas ini,seperti di bulan Ramadhan?' 'Adakah aku dah berjaya membentuk sifat takwa dalam diri,hasil dari didikan Ramadhan ini?' 'Adakah aku akan tetap istiqamah dalam mengerjakan amalan-amalan yang telah aku lakukan sepanjang Ramadhan ini?' 'Adakah aku mampu mengawal hawa nafsuku setelah syaitan dibiarkan bebas berkeliaran selepas Ramadhan ini?' 'Adakah aku.....'




entahlah,saya pun tak berapa pasti,adakah persoalan-persoalan tadi mampu saya depani dengan sebaiknya....mungkin juga kerana saya sendiri belum cukup kuat,tidak yakin pada diri...dengan iman yang sentiasa ada pasang surutnya...tapi saya yakin,akan sentiasa ada pertolongan dari Allah,dari segi bi'ah persekitaran yang baik,sahabat-sahabat yang sentiasa menegur salah dan silap diri,liqoat mingguan yang membantu membersihkan hati dan mengingatkan kembali peranan diri ini,serta taujih secara langsung dariNya dalam bentuk hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap yang berlaku...saya tahu dan yakin,Allah tetap sayangkan saya...moga Allah beri kekuatan pada saya dan semua untuk tetap terus istiqamah selepas berakhirnya Ramadhan ini,dan moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita amin....


~Teringat doa syeikh Hatem ketika tahajjid tahun sebelumnya...'dzahaba Ramadhan...' sedihnya~

No comments: