Thursday, October 2, 2008

perjuangan bermula!!

assalamualaikum wbt,

berakhir sudah bulan Ramadhan yang mulia,harapannya moga segala amalan kita di bulan tersebut diterima Allah dan dihitung dengan sebaik-baik perhitungan insya Allah..ingin berkongsi sedikit apa yang telah saya alami sehari sebelum berakhirnya Ramadhan..

seperti biasa,pada malam 30 Ramadhan saya dan kawan-kawan ke masjid Ibrahim untuk menunggu pengumuman raya...tidak lama selepas azan isyak berkumandang,tiba-tiba seorang petugas solat terawikh melaungkan kepada kami..'ya gama'ah,ensha Allah nahardah fi tarawikh,nahardah fi tahaggod...'(ya jemaah,insya Allah hari ini ada solat terawikh,ada solat tahajud) yang kemudiannya di sambut dengan sorakan dan tepukan oleh para jemaah,malah ada yang berpelukan kegembiraan...saya jadi kagum,sampai begini sekali masyarakat di sini mengagungkan Ramadhan..saya berkira-kira,agak-agaknya kalau di negara saya,mesti akan terdengar keluhan..'laa,esok tak raye lagi ke?' mungkin keluhan ini akan terbit dari mulut anak-anak yang masih belum mengerti erti sebenar Ramadhan itu sendiri..tapi andainya terbit dari mulut orang yang lebih matang,maka saya rasa perlu dikoreksi kembali diri kita semua...

hari ini,Ramadhan telah berakhir,dan Syawal pula berkunjung tiba...Syawal yang dianugerahkan khas untuk meraikan kejayaan para muslimin yang telah berjaya mengharungi madrasah Ramadhan selama sebulan dengan penuh keimanan...moga-moga kita tergolong dalam golongan yang berjaya tersebut insya Allah...teringat pula saya kisah sahabat terdahulu yang menangisi pemergian bulan Ramadhan,maka untuk menggembirakan mereka,telah dikabarkan bahawa andai mereka berpuasa di bulan Ramadhan diikuti dengan puasa 6 hari di bulan Syawal,maka mereka seolah-olah telah berpuasa sepanjang tahun tersebut...maka,marilah kita sama-sama merebut peluang yang Allah berikan ini insya Allah...

dan bagi diri saya pula,kedatangan Syawal ini memberikan petanda bahawa saya makin perlu bersiap siaga untuk mengharungi peperiksaan akhir saya yang bakal bermula pada 11hb ini...doa saya,moga Allah permudahkan segala urusan saya dan kawan-kawan sepanjang tempoh peperiksaan kami ini insya Allah...kepada semua,doakan kami!!

~selamat hari raya,maaf zahir batin,taqabbalallah minna wa minkum~


3 comments:

dr enoll said...

Ya Allah...kurniakanlah kejayaan kepada kakak2 year6 yg akan menduduki final xm..semoga kejayaan dunia diiring kejayaan akhirat..jadikanlah mereka tetap di jalan-Mu, jadikanlah mereka dari kalangan yang memanfaatkan ilmu-Mu..ameen ya Rabbal 'alaamin..

~Gud Luck!~

mariyam said...

ameen ya rabb..jazakillah=)

raudah yunus said...

saya bersetuju dengan saudari mariyam..