Monday, January 12, 2009
Palestin...
Hari ini telah masuk hari ke-16 umat Islam di Palestin dikepung dan disembelih tanpa belas oleh yahudi laknatullah.Saya kira ramai yang telah terbuka matanya,telinganya dan hatinya akan kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka.Malah ramai yang mula memboikot barangan yahudi setelah apa yang menimpa saudara seislam mereka di sana.Syabas saya ucapkan pada mereka.
Hadis di atas mungkin telah biasa kita dengar sebelum ini,namun kerana kurang menghayatinya,maka ia seolah-olah hanya singgah sebentar sahaja di fikiran kita.Tetapi, apabila terjadinya peristiwa yang menimpa umat Palestin sekarang,saya rasa terpanggil untuk mentadabbur kembali isi hadis yang amat agung ini.Betapa mulianya darjat umat Palestin,kerana merekalah golongan yang Rasulullah saw sebut sebagai tetap berada di atas kebenaran sehingga akhirnya mereka kembali bertemu dengan Tuhannya.Mereka telah membuktikan kebenaran iman mereka dan keutuhan hati mereka pada agama Allah yang tercinta.Lantas,apa pula bukti kebenaran iman kita?Tidak malukah kita pada mereka yang tetap berjuang tanpa lelah,walau disekat segala bantuan daripada sampai kepada mereka?
Sungguh,apa yang terjadi sekarang amat meruntun hati saya,pertama,kerana saudara-saudara saya di sana diperlakukan sebegitu rupa.Tetapi saudara-saudara saya yang lain masih tenggelam dalam dunia mereka.Kedua,kerana lemahnya diri saya sendiri,yang masih duduk bersenang lenang dengan apa yang saya ada.Terasa lemahnya iman ini,yang kadang kala masih tidak mampu melawan nafsu yang inginkan kesenangan setiap masa.
~Mujahadahlah wahai diriku...Robekkanlah nafsumu...Berjuanglah untuk membuktikan keimananmu...Moga kau akan bersama saudara-saudaramu yang telahpun membuktikan keimanan mereka...~
Saturday, December 13, 2008
kembali menulis...
rasanya sudah lama tidak menjenguk blog ini.alhamdulillah,masih ada kesempatan untuk menulis hari ini.alhamdulillah,sudah berakhir final exam saya,bermakna telah berakhir jua tempoh pengajian saya sebagai student medic di bumi alex tercinta ini..apa perasaan saya?hmm,berbaur-baur..yang pasti,perjuangan sebenar saya masih belum tamat,takkan terhenti dengan ternoktahnya pengajian saya di sini..lagipun,being a medical student is throughout ur life,rite?=)
banyak yang ingin ditulis,kerana sepanjang tempoh 'dormant' saya ini,banyak benda yang berlaku...namun,sebelum itu,tak lupa saya ingin ucapkan selamat menyambut aidil adha kepada semua...moga dengan ketibaan hari raya ini mendekatkan lagi kita kepadaNya insya Allah...yang pasti,banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada aidil adha sebenarnya,mengenang kembali kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihumassalam,serta menghayati setiap isi khutbah Rasulullah s.a.w yang disampaikan oleh baginda dalam peristiwa hujjatul wida'...bila difikirkan,mungkin kita merasakan telah banyak pengorbanan yang kita lakukan sepanjang kita hidup ini,tak kiralah apa jua bentuk pengorbanan itu..tapi yang menyedihkan,kita tidak memahami dengan sedalamnya setiap pengorbanan yang kita lakukan,kadang kala ada pengorbanan yang sebenarnya tidak perlu kita lakukan,unnecessary sacrife,yang hanya membakar diri kita dan sia-sia...sebab itu,bila kita nilai kembali segala tindakan kita,kita akan dapati akan berlaku kerugian kerana tindakan kita itu,kerugian dari segi masa,harta,kesihatan dan sebagainya hanya untuk satu pengorbanan yang kita tidak jelas apa misi dan visinya...lantas apa yang kita ingin capai mungkin akan lambat membuahkan hasilnya kerana tindakan yang kita sangkakan sebagai satu bentuk pengorbanan...
saya bukan ingin mengkritik mereka yang melakukan pengorbanan...pengorbanan atau tadhiyyah dalam bahasa arab,adalah satu akhlak yang amat mulia,yang amat digalakkan oleh Islam..kalau dalam berukhuwwah fillah,tadhiyyah adalah darjat yang paling tinggi sekali,pastinya,paling susah untuk dicapai...sedangkan serendah darjat dalam berukhuwwah fillah iaitu berlapang dada (salamatussodr) juga kadang-kadang tidak dapat kita capai,apatah lagi semangat tadhiyyah ini...saya amat sayu bila mengenangkan kisah pengorbanan para sahabiat Rasulullah saw dalam setiap hayat hidup mereka..terasa diri amat kerdil bila dibandingkan dengan mereka...bagaimana pengorbanan mereka dalam segala tindakan mereka semata-mata untuk Islam sahaja,dan mengenepikan segala apa selain daripadanya...ibrah yang selalu didapati dalam kisah mereka,pengorbanan yang mereka lakukan tanpa ragu-ragu itu,adalah kerana mereka jelas dengan matlamat mereka yang satu,dan mereka berusaha ke arahnya...ibrah yang amat perlu kita ambil cakna jika kita ingin agar setiap pengorbanan yang kita lakukan selama ini dan akan datang bukan lagi sia-sia....perlu jelas akan matlamat utama kita diciptakan atas muka bumi ini...sebagai Khalifah Allah...satu taklifan yang sangat berat sebenarnya bila kita fikirkan dengan sedalamnya....moga kita dikurniakan hidayahNya sebagai petunjuk untuk melaksanakan tugas yang amat berat ini....
~suatu taklifan,bukannya suatu tasyrif (penghormatan)...~
Thursday, October 2, 2008
perjuangan bermula!!
berakhir sudah bulan Ramadhan yang mulia,harapannya moga segala amalan kita di bulan tersebut diterima Allah dan dihitung dengan sebaik-baik perhitungan insya Allah..ingin berkongsi sedikit apa yang telah saya alami sehari sebelum berakhirnya Ramadhan..
seperti biasa,pada malam 30 Ramadhan saya dan kawan-kawan ke masjid Ibrahim untuk menunggu pengumuman raya...tidak lama selepas azan isyak berkumandang,tiba-tiba seorang petugas solat terawikh melaungkan kepada kami..'ya gama'ah,ensha Allah nahardah fi tarawikh,nahardah fi tahaggod...'(ya jemaah,insya Allah hari ini ada solat terawikh,ada solat tahajud) yang kemudiannya di sambut dengan sorakan dan tepukan oleh para jemaah,malah ada yang berpelukan kegembiraan...saya jadi kagum,sampai begini sekali masyarakat di sini mengagungkan Ramadhan..saya berkira-kira,agak-agaknya kalau di negara saya,mesti akan terdengar keluhan..'laa,esok tak raye lagi ke?' mungkin keluhan ini akan terbit dari mulut anak-anak yang masih belum mengerti erti sebenar Ramadhan itu sendiri..tapi andainya terbit dari mulut orang yang lebih matang,maka saya rasa perlu dikoreksi kembali diri kita semua...
hari ini,Ramadhan telah berakhir,dan Syawal pula berkunjung tiba...Syawal yang dianugerahkan khas untuk meraikan kejayaan para muslimin yang telah berjaya mengharungi madrasah Ramadhan selama sebulan dengan penuh keimanan...moga-moga kita tergolong dalam golongan yang berjaya tersebut insya Allah...teringat pula saya kisah sahabat terdahulu yang menangisi pemergian bulan Ramadhan,maka untuk menggembirakan mereka,telah dikabarkan bahawa andai mereka berpuasa di bulan Ramadhan diikuti dengan puasa 6 hari di bulan Syawal,maka mereka seolah-olah telah berpuasa sepanjang tahun tersebut...maka,marilah kita sama-sama merebut peluang yang Allah berikan ini insya Allah...
dan bagi diri saya pula,kedatangan Syawal ini memberikan petanda bahawa saya makin perlu bersiap siaga untuk mengharungi peperiksaan akhir saya yang bakal bermula pada 11hb ini...doa saya,moga Allah permudahkan segala urusan saya dan kawan-kawan sepanjang tempoh peperiksaan kami ini insya Allah...kepada semua,doakan kami!!
~selamat hari raya,maaf zahir batin,taqabbalallah minna wa minkum~
Tuesday, September 23, 2008
Ia makin meninggalkanku...

salamun alaik,
hmm,sebenarnya saya tak berhajat untuk menulis hari ini,saja-saja membuka blog sendiri untuk 'melihat-lihat'...tapi tiba-tiba saya teringat sesuatu,apa yang saya pandang dan renung ketika dalam perjalanan pulang dari bertahajjud semalam...
apa yang saya renung?saya merenung bulan...saya suka merenung bulan sebetulnya..nampak cantik dan mengasyikkan sekali bagi sesiapa yang memandangnya...jangan salah sangka,saya bukannya seorang yang suka bermadah pujangga,cuma saya teringat firman Allah yang menyeru kita melihat,mentadabbur dan mengambil pengajaran dari setiap kejadian yang Allah jadikan..
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,dan pada pertukaran malam dan siang,ada tanda-tanda(kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal,(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) :'Wahai Tuhan kami!Tidaklah Engkau jadikan benda-benda ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari azab neraka.." (surah ali imran:190-191)

entahlah,saya pun tak berapa pasti,adakah persoalan-persoalan tadi mampu saya depani dengan sebaiknya....mungkin juga kerana saya sendiri belum cukup kuat,tidak yakin pada diri...dengan iman yang sentiasa ada pasang surutnya...tapi saya yakin,akan sentiasa ada pertolongan dari Allah,dari segi bi'ah persekitaran yang baik,sahabat-sahabat yang sentiasa menegur salah dan silap diri,liqoat mingguan yang membantu membersihkan hati dan mengingatkan kembali peranan diri ini,serta taujih secara langsung dariNya dalam bentuk hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap yang berlaku...saya tahu dan yakin,Allah tetap sayangkan saya...moga Allah beri kekuatan pada saya dan semua untuk tetap terus istiqamah selepas berakhirnya Ramadhan ini,dan moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita amin....
~Teringat doa syeikh Hatem ketika tahajjid tahun sebelumnya...'dzahaba Ramadhan...' sedihnya~
Friday, September 19, 2008
Mencari-cari Lailatul Qadr...
Semalam,alhamdulillah saya dan sahabiat saya telah berjaya menunaikan solat tahajud di masjid Ibrahim...Peluang qiamullail di sepuluh malam terakhir ini amat dinanti-nantikan oleh semua,kerana ingin mengejar pahala beribadat di dalamnya,apatah lagi di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan,iaitu malam Lailatul Qadr..
Subhanallah..ganjaran terhebat yang Allah berikan pada hambaNya yang menghidupkan malam Lailatul Qadr ini...bayangkan,segala amalan yang kita lakukan pada malam ini akan dihitung sama dengan amalan yang kita lakukan selama seribu bulan,bersamaan dengan 83 tahun!! jika difikirkan,belum tentu lagi kita dapat hidup sehingga ke umur 83 tahun itu,dan andai kita diberikan peluang oleh Allah untuk hidup hingga ke umur itu,belum tentu semua amalan kita akan diterimaNya...tapi dengan adanya ganjaran Lailatul Qadr ini,peluang pahala yang sebegini lumayan bukanlah suatu yang mustahil...tapi ingat,harus ada syaratnya,sebagaimana hadis nabi saw yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mendirikan Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjarannya,diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Apa syaratnya?..'penuh keimanan dan mengharapkan ganjarannya'...yakni melakukannya dengan penuh keikhlasan,beramal semata-mata kerana Allah dan inginkan ganjaran hanya daripadaNya...maka marilah kita sama-sama tajdid niat untuk mengerjakan dan menjadi ahli Lailatul Qadr ini semata-mata kerana Allah..moga Allah mengurniakannya kepada kita semua amin...
~Allahumma balighna Lailatul Qadr...~
Wednesday, September 17, 2008
MaghfirahMu....mujahadahku..terampunkah dosa-dosaku?
Meniti hari-hari terakhir dalam fasa pertengahan Ramadhan,fasa maghfirah,hati saya agak berkecamuk,berbaur-baur..entah,ada satu perasaan halus yang hadir ke dalam hati dan jiwa,yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata..lalu saya rumuskan dengan satu rumusan yang mudah,"mesti sebab tension ni,nak exam,byk lg x cover pulak tu,sbb tu lah rasa xsenang hati,gelisah je.." mungkin benar kata-kata pujukan tu,tapi hati saya menidakkannya..entah,bahasa hati,kadang-kadang jasad pening dengan hati sendiri..
Bercakap tentang hati,teringat hadis yang masyhur tentang hati,rasanya umum pun tahu kan hadis ini?
"Ketahuilah dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Bukhari dan Muslim)
Besarnya pengaruh hati,sehinggakan jasad yang sasa dan kuat pun mampu tunduk kalah padanya..jika hati inginkan sesuatu,maka akan diusahakan dan dikerahkan segalanya untuk mencapainya..mungkin kita sukar untuk percaya,contohnya bab ingin berjaya dalam peperiksaan,kita selalu kata 'saya nak pass exam dengan cemerlang insya Allah'... tapi itu kadang-kadang bukan kata hati kita,sebab hati kita adakalanya meragui kata-kata kita... 'betul ke aku mampu mumtaz tahun ni?mcm susah je..' maka jadilah kita berusaha sekadarnya,tinggallah kehendak tadi menjadi angan-angan semata..tapi kalau hati yakin,sudah tentu kita akan tetap berusaha sehabis daya dan kekuatan ke arah mencapai matlamat hati....(maalisyh ye,exam mood,motivasi untuk diri sendiri (^_~)v )
Ok,kembali ke konteks kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini,bagaimana hati mampu mempengaruhi tuannya..ingin saya kongsi satu kata-kata yang saya dapat dari seorang ukhti menerusi smsnya (moga ukhti sentiasa dalam rahmat dan redha Allah amin)..begini bunyinya..
"masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan.tapi bila ikan telah mati,secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.begitulah HATI,HATI yang HIDUP sangat sukar untuk dinodai tapi bila HATI telah MATI,mudahnya dipengaruhi..moga Allah sentiasa pelihara HATI kita.HATI yng dipilih oleh Allah untuk mendapat HIDAYAHNYA sudah tentu HATI yang menyesali akan dosa-dosanya.."
Terkedu saya bila membaca mesej kirimannya..buat saya terfikir,hati saya sekarang,adakah hati yang hidup atau sebaliknya...memang diakui,fursah atau peluang berada dalam bulan Ramadhan ini amat dinanti-nantikan oleh kita,kerana Allah telah menjanjikan pengampunanNya pada hamba-hambaNya..maka kita menyesali dan bermuhasabah diri dengan setiap perbuatan yang telah kita lakukan sebelum kedatangan Ramadhan..fursah azimah bak kata orang arab..tapi kenapa setelah itu,kita kembali melakukan perkara-perkara yang telah kita kesalkan?Nah,disini kita perlu kembali menilai hati,betulkah hati kita benar-benar menyesal dengan dosa-dosa yang telah kita lakukan??Kalau benar,maka semestinya hati akan dapat mengawal jasad kita dari terpengaruh dengan nafsu yang sentiasa dengki dan ingin mengajak ke arah kemungkaran..dimana peranan dan kehebatan hati dalam situasi ini??Disini letaknya keperluan hati kepada peringatan,agar sentiasa dikobarkn hati untuk meninggalkan segala nafsu dan kejahatan...disini letaknya satu mujahadah yang sungguh getir bagi hati..meninggalkan apa yang disukainya..bukan satu mujahadah yang mudah..tapi andai hati ingin,dan sentiasa dihidupkan dengan peringatan,maka sesungguhnya mujahadah ini bukan sesuatu yang mustahil...disini letaknya rahsia Allah kurniakan Ramadhan ini kepada hambaNya,supaya dalam bulan ini,hamba-hambaNya dapat membersihkan hati,menghancurlumatkan nafsu,bermujahadah menahan segalanya demi Allah..bukankah puasa satu-satunya ibadat yang kita lakukan kerana Allah,dan hanya Dia yang akan memberikan balasannya??Maka tunaikanlah baki Ramadhan yang ada ini dengan penuh keimanan,penuh mujahadah..dan bersihkanlah hati,kesalilah segala dosa-dosa kita,dan berazamlah untuk tidak mengulanginya selama-lamanya insya Allah...mintalah ampunanNya,pohonlah kekuatan dariNya,buktikanlah penyesalan kita..moga Allah ampunkan segala dosa kita amin...
(entry ini dikarang khas untuk diri saya sendiri,moga saya mampu bermujahadah sepenuhnya kerana Allah..dan untuk semua umumnya,moga mendapat istifadah darinya...doakan saya!!)
Sunday, September 7, 2008
Mengharapkan RahmahNya...
Alhamdulillah,segala puji dan kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan pada Allah,kerana sehingga detik ini,kita masih mampu mengharungi bulan Ramadhan ini dengan sempurna..Alhamdulillah kerana Allah masih berikan kita peluang untuk berada dalam bulan yang penuh barakah ini,masih berkesempatan untuk mengerjakan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita denganNya...Alhamdulillah juga kerana kita telah berjaya melepasi hampir separuh fasa pertama di bulan Ramadhan ini,fasa RAHMAH...dan insya Allah,moga Allah tetap beri kita kesempatan untuk memasuki fasa-fasa seterusnya,fasa MAGHFIRAH dan fasa ITTQUN MINANNAR...
Sesungguhnya,bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk memahami dan menghayati fasa rahmah yang Allah janjikan untuk hamba-hambaNya...Malah begitu banyak sekali tanda yang menyebut tentang rahmah Allah kepada manusia...Sejak dari dalam kandungan lagi,dengan rahmahNya,kita telah dijaga dan dibekalkan dengan bekalan yang mencukupi hingga mampu membesar sebagai janin yang sempurna...Hinggalah kini,hidup di muka bumi ini,masih mampu menghirup udara dengan percuma dan tanpa apa-apa bayaran dengan rahmahNya...bukankah Allah telah berfirman dalam surah al-an'am:54 "...Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih sayang pada diriNya..." juga ayat al-a'raf 156 "...dan rahmahKu meliputi segala sesuatu..."
Malah sebenarnya,bulan Ramadhan ini juga merupakan salah satu tanda rahmah Allah pada hambaNya...Masakan tidak,dengan rahmahNya pintu-pintu neraka ditutup rapi dan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk hambaNya pada bulan ini...Malahan segala kebaikan yang dilakukan pada bulan ini akan diganjarkan dengan ganjaran yang berganda nilainya...Mana mungkin kita temui lagi peluang sehebat ini selain di bulan Ramadhan ini...setiap amalan sunat dihitung seperti amalan fardhu,dan setiap amalan fardhu pula mendapat ganjaran sebanyak 70 kali ganda...Cuba kita bayangkan,setiap kebaikan yang kita lakukan dalam bulan ini,walaupun mungkin hanya kecil di mata manusia,walau hanya sekadar menghadiahkan senyuman kepada ukhti,namun tetap di pandang tinggi oleh Allah dan dikurniakan dengan ganjaran yang lumayan yang tak mungkin kita dapat pada bulan-bulan lain...Subhanallah,sungguh Allah begitu sayang dan rahmah pada hamba-hambaNya,tetap bersabar dan memberikan peluang kepada mereka untuk mengejar pahala dan keredhaanNya....
Maka,untuk fasa rahmah yang masih berbaki ini,marilah kita sama-sama membetulkan kembali tekad dan keazaman kita untuk merebut peluang yang Allah sediakan untuk hambaNya di bulan Ramadhan ini,kerana kita tidak tahu,mungkin ini Ramadhan terakhir bagi kita...persiapkanlah diri untuk sentiasa melakukan amalan terbaik di bulan ini,dan untuk menerima kunjungan fasa- fasa seterusnya....dan semoga kita tidak menjadi seperti golongan yang disebut sebagai orang yang rugi oleh baginda nabi saw,rugi kerana Ramadhannya telah berakhir,namun dia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada Ramadhannya itu...wanauzubillahi min dzaalik
~Allah berfirman " janganlah kamu berputus asa dari Rahmah Allah..." ~

