Wednesday, August 6, 2008

Haadhir ya Rabb...Rodhii ya Rabb....

Baru-baru ini seorang ukhti saya dari mansurah telah datang ke tempat saya atas beberapa urusan.Walaupun dia tak lama berada di sini,tapi saya rasa begitu gembira dengan kedatangannya.Almaklumlah,masing-masing sibuk dengan urusan.Namun,disebalik kesuntukan masa,saya telah mendapat satu tazkirah yang menarik daripadanya…tentang konsep “Haadhir ya Rabb,Rodhii Ya Rabb”

Bagi yang tak pernah menjejakkan kaki ke Mesir (atau Negara Arab secara umumnya) tentu anda tidak dapat nak menggambarkan cara hidup dan budaya orang arab ini.Salah satu budaya yang menarik,bila diminta untuk melakukan sesuatu benda atau meminta pertolongan,mereka secara spontan akan menjawab “Haadhir..” yang bermaksud “ok/baik(saya akan laksanakannya)” ..ukhti saya tadi pun menerangkan hubungan konsep ini dengan tujuan kita hidup di dunia ini.Lebih kurang beginilah katanya..
“Ana dapat tazkirah ni time dengar ceramah baru-baru ni..dalam ceramah tu,diterangkan yang kita hidup atas dunia ni with 2 concepts,first,Haadhir ya Rabb…means that apa jua arahan dan larangan yang datang daripada Allah,dengan spontan kita akan jawab satu saja iaitu ‘haadhir’ cam orang arab selalu cakap tu..means that kita terus terima untuk buatnya without thinking,apa baik buruknya,coz we know and believe that everything come from Allah insya Allah is the best for us..” ….

Terkesima saya sebentar mendengar penerangan ukhti tadi..betapa sebenarnya konsep ini jauh sekali diamalkan oleh sebahagian besar kita umat Islam akhir zaman ini..contoh paling ketara,bab solat di awal waktu…rasa saya tak ramai atau jarang-jarang yang terus meninggalkan apa jua bentuk kerja dan perlakuannya ketika mendengar azan,apatah lagi untuk menunggu solat sebelum waktunya yang pahalanya seperti kita bersolat?Lantas saya teringat kembali sirah zaman Rasulullah saw,bagaimana baginda dan para sahabat terus meninggalkan kerja-kerja mereka sebaik mendengar azan,tak kiralah sama ada mereka ketika itu sedang berurus niaga yang berkemungkinan membawa keuntungan yang berlipat ganda,lantas ditinggalkan kedai tanpa penjaganya atau menutup dan menguncinya terlebih dahulu sebelum menuju ke masjid,kerana fahamnya mereka tentang konsep ‘haadhir ya rabb’ ini (gambaran yang saya tontoni dalam filem ‘Ar-Risalah/The Messenger)…hati saya berdetik ‘patutla generasi sahabat dikatakan generasi terunggul yang pernah dilahirkan dalam sejarah peradaban manusia,mereka benar-benar faham apa yang Allah perintahkan pada mereka dan terus melaksanakannya tanpa banyak soal..’..kita sekarang bagaimana??

Ukhti saya menyambung lagi bicaranya..
“Rodhii ya Rabb pulak,means that apa jua musibah atau peristiwa yang jadi atas kita,satu saja jawapan kita.. ‘rodhii ya rabb’ which means ‘aku redha ya Allah’..tak kira la peristiwa yang menyedihkan atau menggembirakan,kita redha semuanya dan percaya hanya Allah yang tahu apa hikmah di sebaliknya,sebab Dia kan Yang Maha Mengetahui.”…

Konsep ini juga bagi saya,sangat jauh dari realiti masyarakat Islam sekarang.Cuba lihat sekeliling kita,atau lebih mudah lagi,cuba lihat diri kita sendiri..bila mendapat apa-apa perkara yang menguntungkan atau menggembirakan kita,apa tindakan kita?bersuka ria,enjoy,buat parti,majlis keramaian etc…tapi pernah tak kita mengucapkan syukur pada Allah atas kurniaanNya dan berdoa moga Allah tidak palingkan hati kita dengan kesenangan yang kita perolehi itu?Atau bila ditimpa sebarang musibah,kita lantas cepat menyalahkan takdir yang Allah tetapkan,menyesali perbuatan dengan kata-kata ‘kalau lah aku begini..kalau lah aku begitu…’ padahal kita lupa yang itu salah satu pintu masuk syaitan ke dalam hati kita..nauzubillahi min dzaalik…

Bagi saya,2 ungkapan tadi walaupun ringkas,tapi membawa makna yang mendalam..yang mengajak kita untuk menilai kembali segala perlakuan kita selama ini,adakah kita betul-betul layak digelar seorang muslim??Mari kita sama-sama praktikkan konsep ini,memang susah tapi usaha kita untuk melakukannya itulah yang akan dinilai oleh Allah dengan sebaik nilaian insya Allah…=)

~Ya Allah,berikan kekuatan kepada kami untuk terus bermujahadah diri…~

No comments: