Thursday, August 28, 2008

ukhuwwah fillah

Assalamualaikum wbt..

Hari ini,saya mendapat satu kesedaran tentang satu perkara yang saya rasa selama ini telah settled dalam diri saya..satu perkara yang biasa sekali dikatakan oleh semua..ukhuwwah..satu perkataan yang ringkas tapi mempunyai nilai yang amat tinggi dalam diri seorang muslim..rasanya semua pernah terdengar banyak hadis yang menyebut tentang kelebihan berukhuwwah fillah.. hadis nabi saw,"sesungguhnya mukmin itu bersaudara."....juga hadis nabi saw yang lain," 3 perkara yang jika ada pada diri seseorang akan mendapat halawatul iman(kemanisan iman) - mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya,mencintai seseorang hanya kerana Allah,membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu seperti dia membenci untuk dicampakkan ke dalam api neraka."

Namun,sejauh mana kita benar-benar memahami maksud sebenar ukhuwwah itu..saya seolah-olah terpukul dengan artikel yang saya baca dalam satu laman web mengenai ukhuwwah...artikel yang membuatkan saya bermuhasabah panjang tentang ukhuwwah yang saya jalinkan selama ini...di sini saya lampirkan sekali artikel ini,moga-moga kita semua dapat membaiki kembali hubungan ukhuwwah fillah yang sebenar insya Allah...

Tentang 'kita'....

Semalam sempat dibuat surprise untuk sahabat kami yang bakal pulang for good. Surprise yang bukan lagi surprise sebab ada yang tidak sengaja telah terbocorkan pakatan rahsia kami...

Sayu malam itu hanya disimpan di dalam dada…Jika ‘muda-muda’ dulu mudah sungguh air mata mengalir bila sahabat-sahabat mahu pulang ke Malaysia. Sedih…Sedih atas ‘perpisahan’. Memanglah sedih jika ikatan ukhuwwah diukur atas ikatan tanah. Bila terasing, terasa berpisah...Bila tiada di hadapan mata, terasa gundah…

Tapi bila dah ‘tua’ begini, barulah faham erti ikatan ukhuwwah fillah; yang mengikatnya adalah Allah...yang mengikatnya adalah risalah. Tak akan terpisah selagimana sahabat kita bersama-sama dengan Allah, bersama-sama dengan risalah…

Malah hati redha melepaskan seorang pejuang pergi. Hijrah sahabat kami itu akan membawa rahmat buat bumi tercinta Malaysia; pulangnya seorang da’ie rabbani yang diharap boleh merawat ummat yang tenat...Sekarang ada pula penyakit baru, mahu jemput Avril Lavigne buat konsert. Entah mana pergi semangat mahu sambut Ramadhan...(atau sekurang-kurangnya) mana pergi semangat patriotisme?

Topik kali ini bukan pasal ummat, tapi pasal ’kita’. Bukan bermaksud hendak menjadi selfish, tapi jika doktor pun masih tidak betul, macam mana mahu merawat pesakit?

Entah mengapa, semenjak dua menjak ini, perkataan ukhuwwah sangat terkesan di minda dan hati saya. Sebelum ini, saya rasa saya arif tentang ukhuwwah...Kononnya bila dah makin besar...maka, dah makin matang, dah makin faham...tidak ada lagi masalah ukhuwwah... Malah dah boleh mengajar orang lain tentang apa itu ukhuwwah dan sudah pandai menasihat orang yang bermasalah ukhuwwah. Tapi apabila teruji dalam ukhuwwah, mengapa saya boleh fail?

Semalam sahabat yang bakal pulang itu menyampaikan pesan kepada semua (lebih kurang begini): ”Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk merosakkan ukhuwwah sesama kita...” kerana ukhuwwah adalah titik kekuatan kita. Semua musuh islam (syaitan dan manusia) sangat-sangat beriman dengan hakikat ini...Bagaimana kita?

Kadang-kadang kita tertipu dengan keramaian. Kita tafsir ukhuwwah fillah dengan tahap keramahan dan keramaian kita. Makin ramah, makin ramai sahabat, hubungan baik...maka, itulah ukhuwwah fillah. Tapi sebenarnya sejauhmana hati-hati telah benar-benar diikat dengan tali Allah? Lapang dada kita...ithar kita...budaya ta’awun (tolong menolong)...tanassuh (nasihat-menasihati)...tarahum...Sudah cukupkah? Sudah terbuktikah?

Bila sudah tersadung, baru terngadah. Memang ujian adalah rahmat, agar manusia kembali ingat dan membuat muhasabah. Perlu semak balik ukhuwwah yang dihulur, jangan jadi ghurur...jangan jadi mangsa tipu daya syaitan...

Baju sahabat yang belum berbasuh, berapa ramai yang ringan tulang tolong cucikan?

Bila sahabat datang ke rumah, berapa ramai yang melayan bersungguh-sungguh? Atau sekadar buka pintu, kemudian lari masuk ke bilik masing-masing...

Bila datang ke rumah sahabat, melihat pinggan mangkuk kotor di sinki, berapa ramai yang tolong basuhkan? Atau kita sendiri makan dan menambah bilangan pinggan kotor di sinki?

Bila sahabat bertandang, berapa ramai yang menghulurkan tangan untuk bersalam? Atau kita buat dono, teruskan membaca al Quran atau menghadap laptop...

Bila sahabat minta tolong, berapa ramai yang menghulurkan?

Bila sahabat pulang ke rumah dari universiti atau hospital, berapa ramai yang bertanya khabar dan perasaan dia? etc...

Bila ukhuwwah masih belum settle, bagaimana mahu bicara tentang negara...tentang khilafah...tentang ustaziyatul ’alam? Tidak tertegak negara islam Madinah tanpa persaudaraan Ansar dan Muhajirin. Nabi sedar kepentingan hakikat ukhuwwah fillah ini.

Alasan-alasan, “tidak ada masa”, “banyak priority lain”, “tak apa, dia adalah orang yang faham” patut dielakkan. Bagaimana mahu bina rumah jika salah satu batu asasnya tidak diletakkan terlebih dahulu? Malah, ini namanya melewatkan masa dan membazir masa...

“Tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”

Virus boleh menyerang bila body defence jadi lemah. Body defence di sini adalah iman. Iman dan ukhuwwah sangat berkait rapat; yang satu melahirkan yang satu lagi. Jika iman tidak dijaga, maka mudahlah syaitan dan musuh menyerang. Akhirnya, ukhuwwah kita dijangkiti virus; untuk mengubatinya akan ambil masa pula...boleh jadi setahun dua.

Ukhuwwah adalah apa yang dihulur, bukan apa yang diterima. Tidak dituntut untuk kita measure tahap ukhuwwah orang kepada kita, tapi semak balik apa yang kita telah hulur kepada orang. Daripada mengatakan: “DIA masih belum buat begitu dan begini…”, katakanlah “AKU masih belum buat begitu dan begini…”

~Moga sayang kita hanya kerana......~

No comments: