Sunday, September 7, 2008
Mengharapkan RahmahNya...
Alhamdulillah,segala puji dan kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan pada Allah,kerana sehingga detik ini,kita masih mampu mengharungi bulan Ramadhan ini dengan sempurna..Alhamdulillah kerana Allah masih berikan kita peluang untuk berada dalam bulan yang penuh barakah ini,masih berkesempatan untuk mengerjakan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita denganNya...Alhamdulillah juga kerana kita telah berjaya melepasi hampir separuh fasa pertama di bulan Ramadhan ini,fasa RAHMAH...dan insya Allah,moga Allah tetap beri kita kesempatan untuk memasuki fasa-fasa seterusnya,fasa MAGHFIRAH dan fasa ITTQUN MINANNAR...
Sesungguhnya,bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk memahami dan menghayati fasa rahmah yang Allah janjikan untuk hamba-hambaNya...Malah begitu banyak sekali tanda yang menyebut tentang rahmah Allah kepada manusia...Sejak dari dalam kandungan lagi,dengan rahmahNya,kita telah dijaga dan dibekalkan dengan bekalan yang mencukupi hingga mampu membesar sebagai janin yang sempurna...Hinggalah kini,hidup di muka bumi ini,masih mampu menghirup udara dengan percuma dan tanpa apa-apa bayaran dengan rahmahNya...bukankah Allah telah berfirman dalam surah al-an'am:54 "...Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih sayang pada diriNya..." juga ayat al-a'raf 156 "...dan rahmahKu meliputi segala sesuatu..."
Malah sebenarnya,bulan Ramadhan ini juga merupakan salah satu tanda rahmah Allah pada hambaNya...Masakan tidak,dengan rahmahNya pintu-pintu neraka ditutup rapi dan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk hambaNya pada bulan ini...Malahan segala kebaikan yang dilakukan pada bulan ini akan diganjarkan dengan ganjaran yang berganda nilainya...Mana mungkin kita temui lagi peluang sehebat ini selain di bulan Ramadhan ini...setiap amalan sunat dihitung seperti amalan fardhu,dan setiap amalan fardhu pula mendapat ganjaran sebanyak 70 kali ganda...Cuba kita bayangkan,setiap kebaikan yang kita lakukan dalam bulan ini,walaupun mungkin hanya kecil di mata manusia,walau hanya sekadar menghadiahkan senyuman kepada ukhti,namun tetap di pandang tinggi oleh Allah dan dikurniakan dengan ganjaran yang lumayan yang tak mungkin kita dapat pada bulan-bulan lain...Subhanallah,sungguh Allah begitu sayang dan rahmah pada hamba-hambaNya,tetap bersabar dan memberikan peluang kepada mereka untuk mengejar pahala dan keredhaanNya....
Maka,untuk fasa rahmah yang masih berbaki ini,marilah kita sama-sama membetulkan kembali tekad dan keazaman kita untuk merebut peluang yang Allah sediakan untuk hambaNya di bulan Ramadhan ini,kerana kita tidak tahu,mungkin ini Ramadhan terakhir bagi kita...persiapkanlah diri untuk sentiasa melakukan amalan terbaik di bulan ini,dan untuk menerima kunjungan fasa- fasa seterusnya....dan semoga kita tidak menjadi seperti golongan yang disebut sebagai orang yang rugi oleh baginda nabi saw,rugi kerana Ramadhannya telah berakhir,namun dia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada Ramadhannya itu...wanauzubillahi min dzaalik
~Allah berfirman " janganlah kamu berputus asa dari Rahmah Allah..." ~
Saturday, August 30, 2008
Ramadhan dan peristiwa...
Sempena Ramadhan ini,moga kita sama-sama dapat mengubah diri ke arah yang lebih baik insya Allah..Tak ingin berbicara panjang,cuma ingin berkongsi sedikit ilmu tentang peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku sepanjang Ramadhan.Mungkin tidak berapa lengkap,mohon maaf atas segala kekurangan..Semoga dengan post kali ini dapat membantu kita lebih menghayati Ramadhan yang mulia ini...
| Ramadhan | Peristiwa |
| 1 Kenabian | Bermula penurunan wahyu |
| 10 Kenabian | Kewafatan Khadijah r.a/Tahun Kesedihan |
| 2 Hijrah (17hb) | Badar Kubra,difardukan puasa dan zakat(bulan syaaban) |
| 3 Hijrah | Persediaan Badar Sughra (tamat 17 syawal) |
| 5 Hijrah | Persediaan menghadapi Perang Ahzab dan menggali parit |
| 8 Hijrah (21hb) | Fathul Mekah |
| 9 Hijrah | Peperangan Tabuk |
| 10 Hijrah | Ali bin Abi Talib karramallhuwajhah diutuskan ke Yaman |
| 11 Hijrah | Kewafatan Fatimah binti Rasulullah saw |
| 40 Hijrah | Kesyahidan Ali bin Abi Talib (ditikam oleh Abu Muljam) |
| 53 Hijrah | Pembukaan Semenanjung Rodus,Selatan Salqiah |
| 58 Hijrah | Kewafatan Aisyah binti Abu Bakar r.a |
| 91 Hijrah | Muslimin tiba di pantai Andalus |
| 92 Hijrah | Kemenangan Tariq bin Ziyad ke atas Rodrick,Raja Tentera Salib |
| 132 Hijrah | Jatuhnya Kerajaan Bani Umayyah dan bangkitnya Abbassiyah |
| 361 Hijrah | Pembukaan Masjid Al-Azhar |
| 658 Hijrah | Peperangan Ain Jalut |
| 1393 Hijrah | Kemenangan Muslimin Mesir ke atas Israel di Sinai |
~Allahumma ghanimna Ramadhan Ya Rabbal'alamin~
Ahlan Ya Ramadhan....
Alhamdulillah,setelah setahun ia berlalu,kini Ramadhan,bulan yang dirindui dan ditunggu-tunggu oleh semua muslimin muncul kembali..Syukur tak terkira,kerana diri masih dipilih oleh Allah untuk menjadi ahli madrasah Ramadhan yang penuh barakah ini..Betapa Ramadhan ini amat dekat dalam hati orang mukmin..Teringat saya ketika membaca satu tazkirah mengenai Ramadhan,bagaimana para sahabat di zaman Rasulullah begitu merindui akan Ramadhan,sehinggakan mereka telah berdoa selama enam bulan sebelum kedatangan Ramadhan dengan doa yang amat ringkas tapi mendalam maknanya -Allahumma Balighna Ramadhan (Ya Allah sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan) - doa yang penuh pengharapan agar dapat dipertemukan dengan Ramadhan..Malah enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya bulan yang mulia itu..Lantas kita umat Islam zaman sekarang,apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan cinta dan rindu kita pada Ramadhan ini?
Saya rasa bersyukur kerana untuk kali ketujuhnya,saya dapat menyambut bulan Ramadhan ini di Mesir.Mungkin ada yang tertanya-tanya,mengapa begitu gembira,walhal duduk berjauhan dari keluarga tercinta?Tapi bagi saya,sambutan Ramadhan di sini amat meriah.Tanyalah sesiapa saja yang pernah menyambut Ramadhan di negeri anbiya' ini,pasti mereka juga akan mengiakan pandangan saya.Sebelum kedatangan Ramadhan lagi,rumah dibersihkan dan dihias cantik dengan fannus Ramadhan,jalanraya juga dihias dengan reben yang berwarna warni dan pelbagai rupa.Dibulan Ramadhan pula,kita dapat lihat budaya membaca alquran dimana-mana sahaja oleh segenap lapisan umur dan masyarakat.Malamnya,masjid-masjidnya penuh dengan lautan manusia yang ingin menunaikan solat sunat tarawikh bersama-sama.Malahan,jumlah ini bertambah berkali ganda bila memasuki 10 malam terakhir,kerana ingin mencari dan merebut malam yang lebih baik dari seribu bulan,iaitu malam lailatul qadar.Pada 10 malam terakhir ini juga,qiamullail diadakan dimasjid-masjid.Seawal jam 1 pagi lagi,manusia telah membanjiri masjid-masjid sehinggakan tempat yang disediakan tidak mencukupi.Ketika ini,mereka akan solat dimana sahaja,atas jalan,padang,taman rekreasi,garaj kereta hatta pernah di stesen minyak.Subhanallah,saya rasa amat takjub dengan apa yang lihat ketika itu,bahkan inilah yang membuatkan hati saya rasa seronok menyambut Ramadhan di sini.
Apa pun,walau dimana sahaja kita berada,moga kesempatan yang Allah berikan untuk menjadi ahli madrasah Ramadhan ini tidak kita sia-siakan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.Gunakanlah sebaiknya peluang yang ada dengan amalan-amalan yang mampu mendekatkan diri kita dengan Allah.Jangan biarkan bulan yang pada awalnya rahmat,ditengahnya maghfirah dan diakhirnya pembebasan dari api neraka ini berlalu begitu sahaja.Sama-samalah kita berlumba mengejar kebaikan yang ada dalam bulan yang mulia ini.. Allahummaj'alna min ahli Ramadhan...

~Kullu 'am waantum aqraba ilallah=)~
Thursday, August 28, 2008
ukhuwwah fillah
Hari ini,saya mendapat satu kesedaran tentang satu perkara yang saya rasa selama ini telah settled dalam diri saya..satu perkara yang biasa sekali dikatakan oleh semua..ukhuwwah..satu perkataan yang ringkas tapi mempunyai nilai yang amat tinggi dalam diri seorang muslim..rasanya semua pernah terdengar banyak hadis yang menyebut tentang kelebihan berukhuwwah fillah.. hadis nabi saw,"sesungguhnya mukmin itu bersaudara."....juga hadis nabi saw yang lain," 3 perkara yang jika ada pada diri seseorang akan mendapat halawatul iman(kemanisan iman) - mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya,mencintai seseorang hanya kerana Allah,membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu seperti dia membenci untuk dicampakkan ke dalam api neraka."
Namun,sejauh mana kita benar-benar memahami maksud sebenar ukhuwwah itu..saya seolah-olah terpukul dengan artikel yang saya baca dalam satu laman web mengenai ukhuwwah...artikel yang membuatkan saya bermuhasabah panjang tentang ukhuwwah yang saya jalinkan selama ini...di sini saya lampirkan sekali artikel ini,moga-moga kita semua dapat membaiki kembali hubungan ukhuwwah fillah yang sebenar insya Allah...
Tentang 'kita'....
Semalam sempat dibuat surprise untuk sahabat kami yang bakal pulang for good. Surprise yang bukan lagi surprise sebab ada yang tidak sengaja telah terbocorkan pakatan rahsia kami...
Sayu malam itu hanya disimpan di dalam dada…Jika ‘muda-muda’ dulu mudah sungguh air mata mengalir bila sahabat-sahabat mahu pulang ke
Tapi bila dah ‘tua’ begini, barulah faham erti ikatan ukhuwwah fillah; yang mengikatnya adalah Allah...yang mengikatnya adalah risalah. Tak akan terpisah selagimana sahabat kita bersama-sama dengan Allah, bersama-sama dengan risalah…
Malah hati redha melepaskan seorang pejuang pergi. Hijrah sahabat kami itu akan membawa rahmat buat bumi tercinta Malaysia; pulangnya seorang da’ie rabbani yang diharap boleh merawat ummat yang tenat...Sekarang ada pula penyakit baru, mahu jemput Avril Lavigne buat konsert. Entah mana pergi semangat mahu sambut Ramadhan...(atau sekurang-kurangnya) mana pergi semangat patriotisme?
Topik kali ini bukan pasal ummat, tapi pasal ’kita’. Bukan bermaksud hendak menjadi selfish, tapi jika doktor pun masih tidak betul, macam mana mahu merawat pesakit?
Entah mengapa, semenjak dua menjak ini, perkataan ukhuwwah sangat terkesan di minda dan hati saya. Sebelum ini, saya rasa saya arif tentang ukhuwwah...Kononnya bila dah makin besar...maka, dah makin matang, dah makin faham...tidak ada lagi masalah ukhuwwah... Malah dah boleh mengajar orang lain tentang apa itu ukhuwwah dan sudah pandai menasihat orang yang bermasalah ukhuwwah.
Semalam sahabat yang bakal pulang itu menyampaikan pesan kepada semua (lebih kurang begini): ”Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk merosakkan ukhuwwah sesama kita...” kerana ukhuwwah adalah titik kekuatan kita. Semua musuh islam (syaitan dan manusia) sangat-sangat beriman dengan hakikat ini...Bagaimana kita?
Kadang-kadang kita tertipu dengan keramaian. Kita tafsir ukhuwwah fillah dengan tahap keramahan dan keramaian kita. Makin ramah, makin ramai sahabat, hubungan baik...maka, itulah ukhuwwah fillah. Tapi sebenarnya sejauhmana hati-hati telah benar-benar diikat dengan tali Allah? Lapang dada kita...ithar kita...budaya ta’awun (tolong menolong)...tanassuh (nasihat-menasihati)...tarahum...Sudah cukupkah? Sudah terbuktikah?
Bila sudah tersadung, baru terngadah. Memang ujian adalah rahmat, agar manusia kembali ingat dan membuat muhasabah. Perlu semak balik ukhuwwah yang dihulur, jangan jadi ghurur...jangan jadi mangsa tipu daya syaitan...
Baju sahabat yang belum berbasuh, berapa ramai yang ringan tulang tolong cucikan?
Bila sahabat datang ke rumah, berapa ramai yang melayan bersungguh-sungguh? Atau sekadar buka pintu, kemudian lari masuk ke bilik masing-masing...
Bila datang ke rumah sahabat, melihat pinggan mangkuk kotor di sinki, berapa ramai yang tolong basuhkan? Atau kita sendiri makan dan menambah bilangan pinggan kotor di sinki?
Bila sahabat bertandang, berapa ramai yang menghulurkan tangan untuk bersalam? Atau kita buat dono, teruskan membaca al Quran atau menghadap laptop...
Bila sahabat minta tolong, berapa ramai yang menghulurkan?
Bila sahabat pulang ke rumah dari universiti atau hospital, berapa ramai yang bertanya khabar dan perasaan dia?
Bila ukhuwwah masih belum settle, bagaimana mahu bicara tentang negara...tentang khilafah...tentang ustaziyatul ’alam? Tidak tertegak negara islam Madinah tanpa persaudaraan Ansar dan Muhajirin. Nabi sedar kepentingan hakikat ukhuwwah fillah ini.
Alasan-alasan, “tidak ada masa”, “banyak priority lain”, “tak apa, dia adalah orang yang faham” patut dielakkan. Bagaimana mahu bina rumah jika salah satu batu asasnya tidak diletakkan terlebih dahulu? Malah, ini namanya melewatkan masa dan membazir masa...
“Tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”
Virus boleh menyerang bila body defence jadi lemah. Body defence di sini adalah iman. Iman dan ukhuwwah sangat berkait rapat; yang satu melahirkan yang satu lagi. Jika iman tidak dijaga, maka mudahlah syaitan dan musuh menyerang. Akhirnya, ukhuwwah kita dijangkiti virus; untuk mengubatinya akan ambil masa pula...boleh jadi setahun dua.
Ukhuwwah adalah apa yang dihulur, bukan apa yang diterima. Tidak dituntut untuk kita measure tahap ukhuwwah orang kepada kita, tapi semak balik apa yang kita telah hulur kepada orang. Daripada mengatakan: “DIA masih belum buat begitu dan begini…”, katakanlah “AKU masih belum buat begitu dan begini…”
~Moga sayang kita hanya kerana......~
Monday, August 25, 2008
ten thoughts to ponder ^-^.....
Sekarang saya dalam fatrah study leave for my final exam…well,masa-masa cuti begini memang dihabiskan untuk membaca kembali pelajaran yang telah di ambil dalam masa setahun lebih…satu keadaan yang sukar sebenarnya untuk menumpukan konsentrasi pada study bila mengingatkan para pelajar tahun lain sedang enak menikmati cuti masing-masing…ditambah lagi dengan kehangatan Ramadhan yang bakal menjengah lebih kurang seminggu lagi…hati berbaur-baur,berdoa moga Allah beri kekuatan dan keazaman untuk melalui fatrah getir ini…
Tak saya nafikan,stress tahun akhir untuk seorang student medic tidaklah sama seperti pelajar jurusan lain..too many things to cover,to revise,to recall..bab anatomy,physiology dan pathology yang pernah diambil dalam preclinical years perlu diingati kembali…dengan masa yang singkat sebelum exam,menambahkan lagi tekanan luar sedar dalam diri…rasa bimbang menguasai diri,takut-takut tidak berkesempatan untuk mengulangkaji kesemua subjek..
Then,one day,I came across this tazkirah...i read it in a book entitled "You Can Be The Happiest Woman In The World" by Dr 'A'id al-Qarni…here I want to share it with you all…moga-moga kita semua mendapat istfadah yang berguna darinya insya Allah =)
Ten thoughts to ponder
1) Remember that your Lord forgives those who ask Him for forgiveness,and He accepts the repentance of those who repent,and He accepts those who come back to Him.
2) Show mercy to the weak and you will be happy,give to the needy and you will be well,do not bear grudges and you will be healthy.
3) Be optimistic,for Allah is with you,and the angels are praying for forgiveness for you,and
4) Wipe away your tears,think well of your Lord,and chase away your worries by remembering the blessings that Allah has bestowed upon you.
5) Do not think that this world is ever prefect for anyone.There is no one on the face of the earth who gets all he wants or is free from all kinds of distress.
6) Be like a tall tree with high aims,if a stone is thrown at it,it simply lets its fruits drop.
7) Have you ever heard that grief brings back what has been lost,or that worry corrects mistakes?So why grieve and worry then?
8) Do not expect trials and calamities,rather expect peace,safety and good health,if Allah wills.
9) Extinguish the flames of hatred from your heart by forgiving everyone who has ever hurt you.
10) Ghusl,wudhu',siwak and being organized are effective medicines for all kinds of distress and worry.
~Doakan moga kami diberikan kekuatan untuk menempuhi imtihan ini.~
Saturday, August 23, 2008
'qawiah..'

salam alaik....
Rasanya dah lama tak menulis,bukannya apa,kesibukan dengan exam dan program..apa pun itu sebenarnya bukan satu alasan,betul tak?Doakan moga saya sentiasa diberikan kesempatan untuk menulis..

Baru-baru ini saya ditimpa sedikit musibah,kaki saya terseliuh..gara-gara penangan seekor kucing bernama 'qawiah'...rasa lucu juga bila teringat pertanyaan sahabat-sahabat tentang musibah ini..tak percaya kerana ia disebabkan oleh seekor kucing =)
Apa pun,saya sepatutnya rasa berterima kasih pada 'qawiah',sebab menyedarkan saya yang kudrat saya sebagai manusia ada batasannya..betapa besarnya nikmat kaki yang Allah beri ,cukup sempurna untuk manusia..bila sakit begini,terasa kerdil sungguh diri,terasa sebenarnya kekuatan diri selama ini hanya pinjaman sementara daripadaNya...
~Ya Allah,kurniakan kami kesihatan pada badan kami,pada pendengaran kami dan pada penglihatan kami~
Wednesday, August 6, 2008
Haadhir ya Rabb...Rodhii ya Rabb....
Bagi yang tak pernah menjejakkan kaki ke Mesir (atau Negara Arab secara umumnya) tentu anda tidak dapat nak menggambarkan cara hidup dan budaya orang arab ini.Salah satu budaya yang menarik,bila diminta untuk melakukan sesuatu benda atau meminta pertolongan,mereka secara spontan akan menjawab “Haadhir..” yang bermaksud “ok/baik(saya akan laksanakannya)” ..ukhti saya tadi pun menerangkan hubungan konsep ini dengan tujuan kita hidup di dunia ini.Lebih kurang beginilah katanya.. “Ana dapat tazkirah ni time dengar ceramah baru-baru ni..dalam ceramah tu,diterangkan yang kita hidup atas dunia ni with 2 concepts,first,Haadhir ya Rabb…means that apa jua arahan dan larangan yang datang daripada Allah,dengan spontan kita akan jawab satu saja iaitu ‘haadhir’ cam orang arab selalu cakap tu..means that kita terus terima untuk buatnya without thinking,apa baik buruknya,coz we know and believe that everything come from Allah insya Allah is the best for us..” ….
Terkesima saya sebentar mendengar penerangan ukhti tadi..betapa sebenarnya konsep ini jauh sekali diamalkan oleh sebahagian besar kita umat Islam akhir zaman ini..contoh paling ketara,bab solat di awal waktu…rasa saya tak ramai atau jarang-jarang yang terus meninggalkan apa jua bentuk kerja dan perlakuannya ketika mendengar azan,apatah lagi untuk menunggu solat sebelum waktunya yang pahalanya seperti kita bersolat?Lantas saya teringat kembali sirah zaman Rasulullah saw,bagaimana baginda dan para sahabat terus meninggalkan kerja-kerja mereka sebaik mendengar azan,tak kiralah sama ada mereka ketika itu sedang berurus niaga yang berkemungkinan membawa keuntungan yang berlipat ganda,lantas ditinggalkan kedai tanpa penjaganya atau menutup dan menguncinya terlebih dahulu sebelum menuju ke masjid,kerana fahamnya mereka tentang konsep ‘haadhir ya rabb’ ini (gambaran yang saya tontoni dalam filem ‘Ar-Risalah/The Messenger)…hati saya berdetik ‘patutla generasi sahabat dikatakan generasi terunggul yang pernah dilahirkan dalam sejarah peradaban manusia,mereka benar-benar faham apa yang Allah perintahkan pada mereka dan terus melaksanakannya tanpa banyak soal..’..kita sekarang bagaimana??
Ukhti saya menyambung lagi bicaranya.. “Rodhii ya Rabb pulak,means that apa jua musibah atau peristiwa yang jadi atas kita,satu saja jawapan kita.. ‘rodhii ya rabb’ which means ‘aku redha ya Allah’..tak kira la peristiwa yang menyedihkan atau menggembirakan,kita redha semuanya dan percaya hanya Allah yang tahu apa hikmah di sebaliknya,sebab Dia kan Yang Maha Mengetahui.”…
Konsep ini juga bagi saya,sangat jauh dari realiti masyarakat Islam sekarang.Cuba lihat sekeliling kita,atau lebih mudah lagi,cuba lihat diri kita sendiri..bila mendapat apa-apa perkara yang menguntungkan atau menggembirakan kita,apa tindakan kita?bersuka ria,enjoy,buat parti,majlis keramaian etc…tapi pernah tak kita mengucapkan syukur pada Allah atas kurniaanNya dan berdoa moga Allah tidak palingkan hati kita dengan kesenangan yang kita perolehi itu?Atau bila ditimpa sebarang musibah,kita lantas cepat menyalahkan takdir yang Allah tetapkan,menyesali perbuatan dengan kata-kata ‘kalau lah aku begini..kalau lah aku begitu…’ padahal kita lupa yang itu salah satu pintu masuk syaitan ke dalam hati kita..nauzubillahi min dzaalik…
Bagi saya,2 ungkapan tadi walaupun ringkas,tapi membawa makna yang mendalam..yang mengajak kita untuk menilai kembali segala perlakuan kita selama ini,adakah kita betul-betul layak digelar seorang muslim??Mari kita sama-sama praktikkan konsep ini,memang susah tapi usaha kita untuk melakukannya itulah yang akan dinilai oleh Allah dengan sebaik nilaian insya Allah…=)
~Ya Allah,berikan kekuatan kepada kami untuk terus bermujahadah diri…~

